UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
Main Author :Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Jusoh Adnan, Razman Muhammad Rizal,
Title :Interpretasi terkini data arkeologi di kompleks percandian Pengkalan Bujang, Kedah (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Penyelidikan arkeologi di Pengkalan Bujang, Kedah pada awalnya telah dijalankan secara sistematik oleh Quaritch- Wales sejak tahun 1936 hingga 1937 lagi di bawah tajaan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, India. Antara tapak yang telah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ialah Tapak 18, Tapak 19, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Beberapa jumpaan penting telah berjaya ditemui semasa ekskavasi yang dijalankan oleh Quaritch-Wales yang mana antaranya ialah arca agama, serpihan seramik, relikuari dan pelbagai artifak yang lain. Alastair Lamb juga telah menjalankan penyelidikan beliau di Pengkalan Bujang di mana beliau lebih memberi fokus kepada jumpaan kaca dan pelbagai jenis manik di Pengkalan Bujang. Antara pendapat beliau ialah kaca yang banyak ditemui di Pengkalan Bujang, Kedah berasal dari Timur Tengah dan berkemungkinan juga kaca ini merupakan kaca yang diguna semula untuk menghasilkan manik kaca monokrom. Leong Sau Heng pada tahun 1973 telah menyiapkan tesis sarjana beliau berkenaan dengan taburan seramik di Pengkalan Bujang di mana beliau telah membuat kesimpulan bahawa pelabuhan di Pengkalan Bujang hanya digunakan sehingga zaman Dinasti Sung sahaja berdasarkan kepada jumpaan seramik yang diperoleh hasil daripada ekskavasi yang beliau lakukan. Ekskavasi semula Tapak 21 dan Tapak 22 telah dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1974 yang diketuai oleh Adi Taha dengan tujuan mendedahkan secara keseluruhan tapak yang pernah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ini. Ekskavasi di Tapak 23 pula telah dijalankan pada tahun 1986 hingga 1991 oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di mana penyelidikan sebanyak 6 fasa ini melibatkan penyelidik dari Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ekskavasi di Tapak 23 pada tahun 1990 hingga 1991 melibatkan Centre National de la Researche Scientifiqua, Paris, Pusat Penyelidikan Timur Jauh Perancis, Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2004 dan 2005, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah menjalankan ekskavasi yang terakhir di Tapak 23 di mana ekskavasi kali ini telah mendedahkan secara keseluruhannya Tapak 23 ini dan sebuah struktur dibina untuk mengekalkan tapak ini secara insitu. Pada tahun 2006 hingga 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan satu ekskavasi di satu kawasan antara Tapak 22 dan Tapak 23 dengan tujuan untuk mendedahkan sebuah struktur yang dipercayai sebuah candi tetapi struktur ini tidak berjaya ditemui. Ekskavasi secara vertikal telah berjaya menemukan alat batu yang menjadi bukti berlaku evolusi sosio-budaya masyarakat di Pengkalan Bujang. Secara umumnya, data arkeologi dan arkeometri di Pengkalan Bujang telah membuktikan wujudnya proses akulturasi budaya India dan transformasi ilmu masyarakat tempatan yang mendiami sekitar Pengkalan Bujang, Kedah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)