UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan pinggirannya yang dicirikan oleh bandar-bandar kecil seperti di kawasan kajian. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |