UPSI Digital Repository (UDRep)

Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor

AVAILABLE Article 3671 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor
Type
Article
Main Author
Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Ismail Kamarul,
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan pinggirannya yang dicirikan oleh bandar-bandar kecil seperti di kawasan kajian.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.