UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2289-3180
Main Author :Abu Samah Mas Norbany, Saharudin Syafiqah Liyana,
Title :Penggunaan ATS dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran menukar pecahan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Analisis pengajaran dan pembelajaran topik pecahan mendapati sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran kerja dan buku latihan murid. Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah kesilapan algoritma bahagi, membina sifir, menulis nombor bercampur dan penggunaan garis nombor pecahan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid berpencapaian lemah Tahun 4 dalam topik pecahan yang melibatkan kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Peserta kajian dibimbing untuk memahami konsep dan seterusnya menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu peserta kajian memahami konsep dan menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesimpulannya bahan manipulatif ATS adalah bersifat mesra pengguna dan membantu dalam pengukuhan konsep pecahan terutama dalam kemahiran menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

References

1. Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2010). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru Sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/11474/. 2. Bahagian Pendidikan Guru, K. P. (1998). Konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik: Nombor bulat untuk sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Baig, S. (2006). Learning mathematical rules with reasoning. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 2(2), 15-39. 4. Barry, K. (1996). Education and democratic citizenship in America. University of Chicago Press. 5. Bruner, J. (1960). The process of education. Cambridge, MA: Harvard Univercity Press. 6. Buku manual kajian tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 7. Fan Siong Peng. (2008). Perwakilan pecahan sekolah rendah: Isu dan prospek. Masalah Pendidikan, 31 (1), 41-57. 8. Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 9. Jamilah Yusof. (2013). The of manipulatives in enhancing pupils' understanding on fraction concepts. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universty Brunei Darussalam. 10. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. 11. Mohamad Hapizul Jelani. (2013). Penggunaan alat “Colouring Box” bagi meningkatkan kemahiran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dalam kalangan murid 5 Bijak. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru Malaysia. 12. Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz. (2010). Penggunaan Ict dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/10307/. 14. Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 15. Sabri Ahmad. (2006). Isu-isu dalam pendidikan Matematik. Isu-isu dalam pendidikan Matematik, 1-19. 16. Syazwani Ghazali. (2013). Penggunaan “grouping sticks” dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 5 menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru Malaysia. 17. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34, 131-153. 18. Umi Baizura Zulkapli. (2011). Keberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan tingkatan. Tesis doktor falsafah.Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. 19. Watanabe, T. (2002). Learning from Japanese lesson study. Educational leadership, 59(6), 36-39.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)