UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Para pelajar sering menghadapi masalah untuk menceritakan kandungan video yang mereka tonton kerana kurang keupayaan dan keyakinan diri untuk menceritakannya tanpa rangsangan daripada guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan garis pandu dalam membantu pelajar menjana idea untuk komponen lisan bagi bahagian perbualan berdasarkan video. Sehubungan dengan itu, para pelajar telah diajar menggunakan kaedah 4P, iaitu penjelasan, pengalaman, pendapat dan pengajaran untuk menceritakan dengan penuh yakin video yang telah mereka tonton. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang melibatkan 14 orang pelajar Menengah 3 aliran Normal Teknikal. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mencapai markah yang baik selepas mengaplikasikan kaedah 4P. Pelajar juga menunjukkan minat dan penglibatan yang lebih aktif dalam pembelajaran. Guru boleh menyediakan lebih banyak ruang untuk pelajar menjana idea bagi membantu perbualan pelajar dengan lebih tersusun. |
References |
1. Heywood, J. (2000). Assessment in higher education: Student learning, teaching, programmes and institutions. London: Jessica Kingsley Publishers. 2. Joughin, G. (1999). Dimensions of oral assessment and student approaches to learning. In S. Brown & A. Glasner (Eds.), Assessment Matters in Higher Education (pp. 146-156). Buckingham: SRHE and Open University Press. 3. Norazisza, M.T. & Nurisha, H. (2011). Pengajaran lisan: Perbualan berdasarkan gambar dengan menggunakan teknik K2WS2. Seminar Bahasa Melayu 2011. Singapura. 4. Sang, Mok Soon. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan: Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Malaysia: Multimedia Sdn Bhd. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |