UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan kaedah 4P bagi penilaian kompetensi lisan

AVAILABLE Article 648 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Penggunaan kaedah 4P bagi penilaian kompetensi lisan
Type
Article
Main Author
Khamis Zulkifli,
Subject
LB Theory and practice of education
ISSN
2289-3180
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2016

Abstract

Para pelajar sering menghadapi masalah untuk menceritakan kandungan video yang mereka tonton kerana kurang keupayaan dan keyakinan diri untuk menceritakannya tanpa rangsangan daripada guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan garis pandu dalam membantu pelajar menjana idea untuk komponen lisan bagi bahagian perbualan berdasarkan video. Sehubungan dengan itu, para pelajar telah diajar menggunakan kaedah 4P, iaitu penjelasan, pengalaman, pendapat dan pengajaran untuk menceritakan dengan penuh yakin video yang telah mereka tonton. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang melibatkan 14 orang pelajar Menengah 3 aliran Normal Teknikal. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mencapai markah yang baik selepas mengaplikasikan kaedah 4P. Pelajar juga menunjukkan minat dan penglibatan yang lebih aktif dalam pembelajaran. Guru boleh menyediakan lebih banyak ruang untuk pelajar menjana idea bagi membantu perbualan pelajar dengan lebih tersusun.

References

1. Heywood, J. (2000). Assessment in higher education: Student learning, teaching, programmes and institutions. London: Jessica Kingsley Publishers. 2. Joughin, G. (1999). Dimensions of oral assessment and student approaches to learning. In S. Brown & A. Glasner (Eds.), Assessment Matters in Higher Education (pp. 146-156). Buckingham: SRHE and Open University Press. 3. Norazisza, M.T. & Nurisha, H. (2011). Pengajaran lisan: Perbualan berdasarkan gambar dengan menggunakan teknik K2WS2. Seminar Bahasa Melayu 2011. Singapura. 4. Sang, Mok Soon. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan: Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Malaysia: Multimedia Sdn Bhd.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.