UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :2289-9391
Main Author :Nachiappan Suppiah, Rengasamy Kanmani, Maniam Vishananthini, Ganaprakasam Charles, Mohd Zulkafaly Fatimah,
Title :Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik KSSR bagi meningkatkan kognisi murid, iaitu inkuiri penemuan, pembelajaran kooperatif dan konstruktivisme. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyediakan bahan rujukan dalam Matematik, melatih guru supaya lebih berpengalaman dan mengkaji masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik.

References

1. Klados, M. A. (2015). How math anxiety affects working memory and mental calculation tasks? Frontiers Research Foundation Behavioral Neuroscience Journal, 9(9), 282. 2. Loganathan, K. (1992). Hermeneutic analysis of discourse. Thiruvananthapuram: International School of Dravidian Linguistics. 3. Loganathan, K. (1996). Metaphysica universalis of meykandar. London: World Saiva Council. 4. Mueller, V. K. (1997). The hermeneutics reader. New York: The Continnum Publishing Company. 5. Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 6. Radisic, J. (2015). Math anxiety contributing school and individual level factors. European Journal of Psychology of Education 30(1), 20. 7. Ramirez, G., Gunderson, E. A., Levine, S. C., Beilock, S. L. (2013). Math anxiety, working memory, and math achievement in early elementary school. Journal of Cognition and Development, 14(2): 187-202. 8. Rickman, H. P. (1967). Understanding and the human studies. London: Heinemann Educational Books Ltd. 9. Suppiah, N. (2003). Proses kognitif dalam penulisan esei melalui analisis hermeneutik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Tesis Doktor Falsafah (tanpa terbit). 10. Suppiah, N. (2013). Proses kognisi dan efeksi: Kaedah pedagogi hermeneutik dan interpretasi. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 11. Suppiah , N. (2014). Gaya bahasa dan proses kognisis: Kaedah pedagogi hermeneutik dan interpretasi. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 12. Wang, Z. (2015). Is math anxiety always bad for math learning? - The role of math motivation. Psychological Science Journal, 26(12), 1863-1876.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.