UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :2289-9391
Main Author :Zakaria Norazimah, Mat Naffi, Baharum Hasrina, Sintian Minah,
Title :Unsur pemikiran kreatif masyarakat Melayu tradisi melalui teks sastera tulisan dan lisan terpilih (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Masyarakat tradisi telah lama mengamalkan pemikiran kreatif dalam menghadapi kelangsungan hidup. Kehidupan masyarakat tradisi dilatari sumber alam yang banyak mengajar mereka bagaimana untuk hidup dan mengamalkan nilai dan norma berdasarkan pengalaman dan sumber alam yang terdapat di sekeliling mereka. Pemikiran kreatif masyarakat Melayu yang disampaikan melalui tradisi lisan dan tulisan wajar diperluaskan untuk generasi kini bagi membentuk sahsiah dan adab di samping menggalakkan mereka berfikir dengan menggunakan pemikiran kreatif dengan melihat konteks masyarakat yang melahirkan sastera tradisi tersebut. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti unsur pemikiran kreatif yang terdapat dalam pantang larang, peribahasa dan Sejarah Melayu. Objektif kedua ialah menghuraikan peranan unsur pemikiran kreatif terhadap pembentukan sahsiah pelajar. Makalah ini turut melihat tiga kaedah teknik pemikiran kreatif daripada teknik analogi ataupun kiasan iaitu pertama; analogi alam, kedua analogi peribadi dan ketiga analogi fantasi. Contohnya dalam menggunakan teknik pemikiran kreatif analogi fantasi, yang dapat melihat kreativiti orang Melayu dalam teks Sejarah Melayu, telah wujud sebuah episod seorang raja yang bernama Raja Suran turun ke dasar laut dengan menaiki sebuah peti kaca atau disebut pesawat. Sastera Melayu tradisional seperti pantang larang, peribahasa, dan teks Sejarah Melayu dilihat mampu membangunkan sahsiah pelajar melalui aspek unsur pemikiran kreatif yang terkandung di dalamnya. Orang Melayu memang terkenal dengan kepakarannya mengungkapkan buah fikiran secara halus dan tersirat. Ketajaman pemerhatian, penghayatan dan seterusnya dapat mengungkap makna meliputi cara hidup terakam dalam lisan mahupun tulisan.

References

1. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1996). Seni berfikir kreatif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd. 2. Abd Rahman Kaeh. (1997). Syair madhi citra Melayu nusantara. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Abd Rahman Abdullah. (1981). Sejarah dan pemikiran Islam. Damansara Utama: Pena Sdn Bhd. 3. Afzalur Rahman. (1993). Ensiklopedia sirah: Peranan wanita Islam (Jilid V). Zaleha Ahmad (Peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Ali Ahmad. (2002). Takdir di dalam kesusasteraan Melayu lama dan baru dalam Tradisi dan Modeniti. Lalita Sinha (peny). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 5. Al-Haj Maulana Fazlul Karim. (1987). Jihad dan pengertiannya. Amat Juhari Moain (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Andek Masnah Andek Kelawa. (1999). Kepimpinan wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam syariah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 7. Azhar Wahid. (2013). Kritikan intelektualisme sastera Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8. Dharmawijaya. (1937). Dunia puisi dalam penelitian dan pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. 9. Faisal Othman. (1993). Kedudukan dan peranan wanita dalam Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 10. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Haji Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin & Sahlan Mohd Saman. (1990). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 12. Mana Sikana. (2009). Kritikan sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka Karya. 13. Mana Sikana. (2012). Teori sastera kontemporari edisi VII. Kuala Lumpur: Pustaka Karya. 14. Mohd Yusof Md Nor. (1986). Syair sinyor kosta: Satu kajian teks. Kuala Lumpur: Teks Publishing. 15. Norazimah Zakaria. (2014). Peranan wanita tradisi dalam syair pilihan dalam Teori Takmilah: Perluasan dan Penafsiran. Abdul Halim Ali (peny). Budiman. 16. Norazimah Zakaria & Naffi Mat. (2013). Kuasa penyair wanita dan tema tentang wanita: Dahulu dan sekarang dalam Prosiding Sastera dan Kekuasaan, Himpunan Ilmuan Sastera Melayu Malaysia Kedua, 4-5 Oktober 2013 UPSI. Budiman Malaysia. 17. Norazimah Zakaria. (2005). Sejarah Melayu: Sebuah genre sintesis yang baik bagi memenuhi tuntutan moral Islam dan aspek pengawalan politik. Jurnal Pengajian Melayu (Jilid 16). Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu. 18. Norazimah Zakaria. (2013). Hikayat Melayu @ Sejarah Melayu Long version versi Tengku Said: Satu kajian teks sastera sejarah. Jurnal Melayu. Bangi, UKM. 19. Norazimah Zakaria. (2016). Kanon Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 20. Nor Hayati Haji Alwi. (2002). Pembentukan model pembangunan insan kamil dalam pengajian sains. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. 21. Siti Hawa Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejarah Melayu. (1996). A.Samad Ahmad (Peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 22. Taine, H. (1875). Lectures on art. New York: Ams Press. 23. Umar Junus. (1984). Sejarah Melayu menemukan diri kembali. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. 24. Umar Junus. (1996). Teori moden sastera dan permasalahan sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 25. Wan Abdul Kadir. (2000). Tradisi dan perubahan norma dan nilai di kalangan orang-orang Melayu. Masfami Enterprise. 26. Wolff, Janet. (1981). The social production of art. London: The Maxmillan Press Ltd.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)