UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
ISSN :2289-4470
Main Author :Md Nor Nik Norliati Fitri, Ghazali Suriati,
Title :Peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua Melayu di luar bandar : kajian kes di daerah Jerantut, Pahang (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Taraf kesihatan yang semakin baik membawa kepada meningkatnya jangka hayat dan bilangan warga tua di Malaysia. Artikel ini meninjau tentang satu aspek spesifik berkaitan pengaturan kehidupan warga tua Melayu, iaitu kecenderungan memilih untuk tinggal dengan anak lelaki berbanding tinggal dengan anak perempuan. Dengan menggunakan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di daerah Jerantut, Pahang sebagai kajian kes, artikel ini akan mengkaji peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua, terutama warga tua yang uzur dan terlantar sakit; dan juga anak lelaki sebagai sumber kewangan yang diharapkan oleh warga tua. Kajian ini melibatkan 54 warga tua Melayu yang berumur 60 tahun dan ke atas terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi. Warga tua yang tinggal bersama anak lelaki berkahwin, sama ada tinggal di rumah mereka (warga tua) atau berhijrah ke rumah anak lelaki mereka, akan dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul menggunakan borang kaji selidik dan dianalisis dengan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan warga tua wanita lebih cenderung untuk tinggal dengan anak lelaki dewasa (anak lelaki sulung) manakala warga tua lelaki lebih cenderung untuk tinggal dengan anak lelaki bongsu. Kajian juga mendapati anak lelaki memainkan peranan penting dalam menguruskan hal ehwal penjagaan kesihatan warga tua termasuk mendapatkan rawatan di hospital. Kajian ini memberi sumbangan kepada pengetahuan tentang peranan penting anak lelaki dalam menjaga hal ehwal warga tua yang belum banyak dibincangkan dalam kajian terdahulu. Sokongan yang diperoleh daripada anak lelaki merupakan petunjuk penting dalam mengurangkan perasaan kesunyian dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan warga tua yang tinggal di kawasan luar bandar.

References

1. Aris,A. & Eri Nurvidya,A. (2009). Older persons in Southeast Asia: From liability to asset. Eri Nurridya Arifin & Aris Ananta. (ed). Older person in Southeast Asia: An emerging asset (pp. 3-46). Singapura: Institute of Southeast Asian Studies. 2. Bin, L. & Sheying, C. (2011). Aging, living arrangements, and housing in China. Ageing International. 36, 463–474. 3. Chow, N.W.S. (2000). Ageing in Hong Kong. Phillips, D.R. (ed). Ageing in the Asia-Pacific Region: Issues, policies and future trend (pp 158-173).New York: Routledge, Taylor & Francis Group.. 4. Dahlan, A., Nicol, M. & Maciver, D. (2010). Elements of life satisfaction amongst elderly people living in institutions in Malaysia: A mixed methodology approach. Hong Kong Journal of Occupational Therapy. 20 (2), 71-79. 5. DaVanzo, J & Angelique, C. (1994). Living arrangements of older Malaysians: Who coresides with their adult children?. Demography, 31(1), 95-113. 6. Domingo, L. J. & Casterline, J. B. (1992). Living arrangements of the Filipino elderly. Asia-Pacific Population Journal. 7 (3), 63-88. 7. Frankenberg, E., Angelique, C. & Ofstedal, M. B. (2002). Stability and change in living arrangements in Indonesia, Singapore and Taiwan, 1993-1999. Population Studies. 56 (2), 201-213. 8. Glaser, K. (1997). The living arrangements of elderly people. Reviews in Clinical Gerontology. 7, 63–72. 9. Hateley, L. & Tan, G. (2003). The Greying of Asia: Causes and Consequences of Rapid Ageing in Asia. Singapore: Eastern Universities Press. 10. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. 11. Khadijah, A. (2012). Dilema penjagaan ibu bapa tua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 12. Khadijah, A. & Rahim, M. S. (2010). Peranan wanita melayu dalam proses penjagaan ibu bapa tua: Dilema dan cabaran dalam era globalisasi. Kajian Malaysia. 28 (2), 71-105. 13. Knodel, J. & Chayovan, N. (2012). Inter-generational family care for and by older people in Thailand. International Journal of Sociology and Social Policy. 32 (11), 682-694. 14. Koslowski, A. S. (2009). Grandparents and the care of their children. Stillwell, J., Coast, E. & Knelae, D. (eds). Fertility, living arrangements, care and mobility: Understanding population trend and processes (pp. 171-210). New York: Springer:. 15. Kyu, T, S. (2000). An asian perspective on aging east and west: Filial piety and changing families. Bengtson, V. L., Kim, K. D., Myers, G. C. & Ki, S. E. (eds). Aging in East and West: Families, States, and the Elderly (pp 41-56). New York: Springer Publishing Company. 16. Li, J. L. & Qiang, G. (2007). Loneliness and health-related quality of life for the empty nest elderly in the rural area of a mountainous country in China. Quality of Life Research. (16). Springer: 1275-1280 . 17. Mai, R., Naderi, R. & Schimany, P. (2008). Who should take care of them: Expectations placed on the welfare state and their influence on attitudes towards care for the elderly. Hon, C., Avramov, D. & Kotowska, I. E. (eds). People, Population Changes and Policies.(pp 45-64).Springer. 18. Martin, L.G. (1990). The status of South Asia’s growing elderly population. Journal of Cross-Cultural Gerontology. 5(2), 93-117. 19. Mason, K. O. (1992). Family change and support of the elderly in Asia: What do we know. Asia-Pacific Population Journal. 7 (3), 13-32. 20. Nugent, J.B., Gillaspy, R.T., 1983. Old-age pensions and fertility in rural areas of less developed countries: Some evidence from Mexico. Economic development and cultural change 31, 809-830. 21. Ogawa, N. & Retherford, R. D. (1993). Care of the elderly in Japan: Norms and expectations. Journal of Marriage and the Family. 55, 585-597. 22. Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. (2013). Peta dan Keluasan. http://pdtjerantut.pahang.gov.my/index.php/profail-daerah/latarbelakang/peta-keluasan, tarikh dilayari: 2 Julai 2013. 23. Phillips, D. (1992). East and South-east Asia: Issues of ageing in the region. Phillips, D. R (ed). Ageing in East and South-East Asia (pp 1-21).Britain: Edward Arnold. 24. Rittirong, J., Prasartkul, P. & Rindfuss, R. R. (2014). From whom do older persons prefer support? The case of rural Thailand. Journal of Aging Studies. 31, 171-181. 25. Rokiah,O., Victor, F. K., Nur Zakiah,M.S., Sazlina,K. & Sharifah, S.A. (2011). Gangguan penglihatan dan kualiti hidup warga emas di pusat jagaan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 9 (1), 23-27. 26. Ruggles, S. (2001). Living arrangements and well-being of older persons in the past. Living arrangements of older persons: Critical issues and policy responses (pp 111-151). New York: United Nations:. 27. Sereny, M. (2011). Living arrangements of older adults in China: The interplay among preferences, realities, and health. Research on Aging. 33 (2),172-204. 28. Stancliffe, R. J, Lakin, K. C., Larson, S., Engler, J., Taub, S., & Fortune, J. (2011). Choices of Living Arrangements. Journal of Intellectual Disability Research. 55 (8), 746-762. 29. Suriati Ghazali. (2002). Di mana mak, ayah?: Agihan tugas baru kesan pemodenan dan perindustrian. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 30. Tan, P.C. (1992). Implications of changing family structure on old-age support in the ESCAP Region. Asia-Pacific Population Journal. 7 (2), 49-66. 31. Tan, P. C & Ng, S.T. (2000). Ageing in Malaysia: Issues and Policies. Phillips, D.R. (eds). Ageing in the Asia-Pacific Region: Issues, Policies and Future Trend. New York: Routledge, Taylor & Francis Group: 284-298. 32. United Nations. (2001). Living Arrangements of Older Persons: Critical Issues and Policy Responses. Special Issues Nos 42/43 2001. New York: Population Division Department of Economic and Social Affair. 33. Wan Ibrahim,W.A. & Zainab,I. (2010). Mengenali warga tua desa Malaysia: Profil Sosial dan pengaturan tempat kediaman. Journal of Governance and Development. 6, 22-39. 34. Wan Norsiah, M. (2000). Kecenderungan anak dewasa tinggal bersama ibu bapa. Abdul Aziz ,J. Rahimah,A.A. & Lukman Z. M. (ed). Warga tua: Isu dan fenomena. (pp 115-122). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,. 35. Wan Ibrahim ,W.A. & Zainab,I. (2014). The availability of family support of rural elderly in Malaysia World Applied Sciences Journal. 30 (7), 899-902. 36. Wu, Z & Schimmele, C. M. (2008). Living arrangements and psychological disposition of the oldest old population in China: Demographic, Socioeconomic, and Psychological Dimensions. In Y. Zeng, D. L. Poston, Jr., D. A. Vlosky and D. Gu. Dordrecht, Healthy in China (pp 197-213). The Netherlands, Springer Publisher.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)