Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas peningkatan ekonomi Bumiputera selepas tragedi 13 Mei 1969
Type
Article
Main Author
Mamat Mohamad Asrol Arpidi, Saat Ishak, Ariffin Khairi,
Subject
DS Asia
ISSN
1985 - 496X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014
Abstract
Artikel ini memaparkan impak ekonomi kaum Bumiputera kesan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilaksanakan sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 ekoran tragedi 13 Mei 1969. DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak berada. DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh Tun Abdul Razak bagi membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini dan meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi agar tidak ketinggalan dengan kaum lain.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.