UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan pembandaran terhadap pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

AVAILABLE Article 2640 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kesan pembandaran terhadap pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu
Type
Article
Main Author
Ibrahim Mohd Hairy, Ismail Kamarul, Nazari Siti Shazlina,
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan aktiviti pembandaran terhadap fenomena Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu. Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) yang berlaku di Kuala Terengganu kesan daripada aktiviti pembandaran di bandar ini. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Pembandaran Kuala Terengganu (MBKT). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan sembilan buah stesen pencerapan yang meliputi kawasan pusat bandar hingga ke pinggir bandar bagi mengukur suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin selama dua minggu bermula dari 25 Jun 2013 hingga 8 Julai 2013. Waktu data dikutip adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam antara pukul 12:00-14:00 dan 19:00-21:00. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic Information Systems (GIS). Hasil kajian mendapati fenomena PHB tertumpu di kawasan pusat bandar yang merangkumi kawasan Pasar Besar Payang, Hentian Bas MPKT dan kawasan perumahan Flat Paya Bunga berbanding kawasan pinggir bandar iaitu Kampung Batu Rakit. Perbezaan nilai IPHB juga ditunjukkan di mana kajian mencatatkan nilai Intensiti Pulau Haba Bandar (IPHB) Kuala Terengganu sebanyak 1.8oC pada waktu siang berbanding 0.8oC pada waktu malam. Keseluruhannya, aktiviti pembandaran di Kuala Terengganu telah mendorong berlakunya fenomena PHB di bandar ini. Dengan itu, langkah yang efektif perlu diaplikasikan agar fenomena ini dapat dikurangkan dan menjamin keselesaan hidup tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.