UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional

AVAILABLE Article 1196 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional
Type
Article
Main Author
Soffi Siti N. Shahshina, M. Sharif Ahmad,
Subject
HD28 Management. Industrial Management
ISSN
2289-7070
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Kejayaan transformasi pendidikan vokasional yang dilancar oleh kerajaan Malaysia pada 2014, banyak bergantung kepada daya kepimpinan pengarah dan prestasi tenaga pengajar kolej vokasional yang dinaik taraf. Sejajar dengan senario masa kini, kajian ini berhasrat untuk menyingkap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan juga efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur pengaruh kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional terhadap efikasi kendiri pensyarah kolej. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada tujuh buah kolej vokasional di Negeri Sembilan dan Melaka. Borang soal selidik mengandungi dua instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) masing-masing bagi mengukur tahap kepimpinan transformasi dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan regrasi berganda. Kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional didapati sederhana tinggi, manakala efikasi kendiri guru pula adalah tinggi. Kepimpinan transformasi pengarah kolej mengikut jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian juga menunjukkan 39% daripada varian kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dapat digambarkan oleh efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Hasil kajian ini memberi implikasi agar pengarah kolej vokasional mempamerkan kepimpinan transformasi lebih tinggi lagi oleh sebab ia mempengaruhi efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.