UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |