UPSI Digital Repository (UDRep)

Kegiatan ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an

AVAILABLE Article 1270 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kegiatan ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an
Type
Article
Main Author
Hasan Haryati,
Subject
HC Economic History and Conditions
ISSN
1985 - 496X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.