UPSI Digital Repository (UDRep)

Pola asuhan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak tadika bandar Palembang Indonesia

AVAILABLE Thesis 1425 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pola asuhan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak tadika bandar Palembang Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Soeparno, Nofita Anggraini
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan pola asuhan ibu bapa dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak berlandaskan teori Halliday (1984). Teori ini menekankan pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan tujuh fungsi bahasa. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa ini dijadikan konstruk pemboleh ubah bersandar kajian iaitu fungsi Imaginasi, Informasi, Heuristikal, Personal, Interaksi, Peraturan, Instrumental. Manakala pola asuh demokratikal, authoritarian, permisif dijadikan pemboleh ubah tidak bersandar kajian. Kaedah kuantitatif melalui tinjauan digunakan dengan mengemukakan boring soal selidik dan pemerhatian ke atas 20 bapa 25 ibu. Lokasi kajian dijalankan di Tadika Chandra Jaya di Bandar Palembang Indonesia. Data dikumpul melalui boring soal selidik terdiri dari tiga bahagian iaitu demografi ibu bapa, item pola asuh, item pemerolehan bahasa. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 20. Analisis statistik deskriptif frekuensi, peratusan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Manakala analisis inferensi digunakan untuk menjawab hipotesis yang melihat perhubungan antara pemboleh ubah kajian. Kebolehpercayaan data melalui ujian Normality memenuhi kehendak kajian. Dapatan kajian menunjukkan pola asuh demokratikal dengen pemerolehan bahasa kanakkanak dalam fungsi Imaginasi r=0.82**, Informasi r=0.75**, Heuristikal r=0.85**, Personal r=0.88**, Interaksi r=0.83**, Peraturan r=0.89**, Instrumental r=0.93**. Ini menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antarajenis pola asuh dengan semua konstruk fungsi bahasa. Pola asuh demokratikal sangat membantu pemerolehan bahasa kanak-kanak yang dikaji berbanding dengan jenis poa asuh authoritarian dan permisif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pola asuh demokratikal ini boleh dijadikan model atau panduan bagi ibu bapa dan para pendidik dalam mendidik kanak-kanak masa kini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.