UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah

AVAILABLE Thesis 3019 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Azizah Zain
Subject
HM Sociology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu, komunikasi ini juga memupuk minat kanak-kanak terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama guru di dalam dan di luar kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan kemahiran sosial kanak-kanak meningkat melalui aktiviti berkumpulan. Aktiviti berkumpulan telah meningkatkan interaksi dengan rakan sebaya dan membantu mereka untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran semasa menyiapkan tugasan. Kesediaan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan aktiviti 'hands-on' telah membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor dengan berkesan. Penggunaan Modul Projek Penyiasatan telah memberi kesan yang positif kepada pembentukkan potensi diri dan perkembangan peribadi kanak-kanak. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan Modul Projek Penyiasatan yang dapat meningkatkan komunikasi dan kemahiran so sial kanak-kanak prasekolah. Implikasi daripada kajian ini adalah guru prasekolah boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek penyiasatan dengan menggunakan Modul Projek Penyiasatan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.