UPSI Digital Repository (UDRep)

Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi

AVAILABLE Article 2555 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi
Type
Article
Main Author
Yusuf Yusni Anis, Mohd Hussin Mohd Yahya, Rambeli@Ramli Norimah,
Subject
HB Economic Theory
ISSN
2180-2491
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2015

Abstract

Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, tetapi pemboleh ubah Indeks Pengeluar Industri, Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Wang merupakan penyebab Granger jangka pendek kepada pemboleh ubah I-REIT. Oleh itu, didapati prestasi I-REIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.