Aplikasi perisian visualisasi tiga dimensi dalam pembelajaran sains Biologi implikasi terhadap pelajar berbeza keupayaan spatial
Type
Article
Main Author
Said Che Soh, Umar Irfan Naufal, Muniandy Balakrisnan, Desa Shakinaz, Hanafi Hafizul Fahri,
Subject
Q Science (General)
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2015
Abstract
Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan perbezaan tahap keupayaan spatial pelajar terhadap prestasi kognitif dalam pembelajaran subjek biologi sel dengan menggunakan perisian visualisasi tiga dimensi. Perisian visualisasi tiga dimensi dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dalam persekitaran web. Prestasi kognitif diukur dengan menggunakan ujian pencapaian. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai enam puluh satu orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian visualisasi tiga dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan perisian visualisasi tiga dimensi dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa teknologi realiti mungkin berpotensi untuk digunakan dalam pembelajaran bidang berorientasikan spatial dalam disiplin sains biologi
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.