UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kemahiran al-Quran guru Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) dan pencapaian pelajar dalam pelajaran tajwid al-Quran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 134 orang pelajar KKQ terlibat dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Kesahan data dilakukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan nilai korelasi pearson bagi pemboleh ubah yang dikaji. Melalui kajian rintis yang dijalankan, didapati kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat hubungan signifikan pada tahap yang rendah antara tahap kemahiran al-Quran guru dengan pencapaian tajwid al-Quran pelajar. Justeru, kemahiran ini perlu dikuasai dan ditingkatkan oleh guru KKQ kerana ia merupakan salah satu daripada faktor penentu kepada keberkesanan pengajaran tajwid al-Quran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |