UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Aplikasi Sistem Sokongan Keputusan (DSS) dijelaskan dalam penyelidikan ini untuk menunjukkan proses pengambilan pelajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya bagi program Teknologi Maklumat boleh diselesaikan dengan menggunakan sistem yang dibangunkan berteraskan penggunaan konsep DSS. DSS merupakan alat yang boleh membantu pihak pengurusan atasan menyelesaikan masalah semi-struktur dan tidak berstruktur mengikut set kriteria yang ditentukan. Kewujudan DSS telah menjadi alat yang digunapakai untuk membantu pembuatan keputusan yang sewajarnya melalui capaian maklumat yang dibenarkan. Tujuan prototaip Sistem Sokongan Keputusan Pengambilan Pelajar atau SisPem ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) membuat keputusan dalam pemilihan calon-calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan bagi pengambilan pelajarpelajarnya. Terdahulu, para pembuat keputusan te1ah mengenalpasti ketidakbolehcapaian data dan kesulitan dalam mensentisiskan pelbagai cadangan dalam penyelesaian masalah. Ini ditambahkan dengan penyemakan borang-borang permohonan di dalam kuantiti yang banyak daripada ramai calon. Kajian telah menunjukkan bahawa kualiti keputusan yang diambil (misalannya; pemilihan calon yang bertepatan dalam pengambilan pelajar) boleh diperbaiki jika rintangan dapat diatasi atau setidak-tidaknya dikurangkan melalui pendekatan integrasi sistem seperti DSS ini. Tambahan lagi, multi-kriteria pembuatan keputusan dan pe1bagai bentuk metodologi yang digunapakai menawarkan pelbagai teknik dan praktis untuk mengintegrasikan kecenderungan pembuat keputusan menyelesaikan masalah pengurusan. Walau bagaimanapun, disebabkan permasalahan konseptual (misalannya, struktur pengambilan pelajar yang kadangkala berubah dan juga unsur-unsur budi-bicara serta kemanusiaan, kepelbagaian altematif keputusan yang diambil dan juga set penilaian kriteria) terlibat dalam merumuskan dan menyelesaikan masalah keputusan pengambilan pelajar, penyelidik te1ah mencetuskan idea untuk membangunkan suatu alat atau sistem yang akan dapat membantu di dalam pembuatan keputusan untuk pengambilan pelajar-pelajar Teknologi Maklumat. SisPem ini bukanlah membuat keputusan bagi pihak pengurusan, tetapi sebaliknya menyediakan suatu kebolehan yang membenarkan mereka menjana maklumat yang mereka fikir perlu untuk membuat keputusan. Diharapkan ia dapatlah menjadi satu sumbangsaran ke arah kemantapan pemilihan calon-calon dan sokongan keperluan maklumat dalam pengurusan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |