UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
ISSN :1985-496X
Main Author :Khairi Aizat,
Title :Pelarian Cina Indonesia dan pelarian Moro di Sabah: penelitian dari aspek pensejarahan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Full Text :
Artikel ini membincangkan mengenai pensejarahan golongan pelarian yang berada di Malaysia dengan memberi fokus terhadap negeri Sabah. Sabah turut menjadi destinasi bagi golongan pelarian sama seperti di kawasan Semenanjung Malaysia. Namun, golongan pelarian di Sabah mempunyai perbezaan di antara golongan pelarian yang berada di Semenanjung Malaysia dari segi wilayah asal dan sosio-budayanya. Golongan pertama yang direkodkan menjadi pelarian di Sabah adalah pelarian Cina Indonesia pada awal tahun 1960an disebabkan dasar negara Indonesia yang menghalang taraf dwi kerakyatan serta konflik politik melibatkan Partai Komunis Indonesia dan Presiden Soekarno. Isu pelarian Cina di Sabah telah selesai disebabkan mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan jumlah mereka tidak begitu ramai. Perkara ini tidak terjadi kepada pelarian Moro yang lari ke Sabah beberapa tahun kemudian disebabkan berlakunya konflik di antara pejuang pembebasan Moro dan kerajaan Filipina. Hal ini disebabkan kerajaan Filipina enggan mengiktiraf kedaulatan dan pemerintahan wilayah Islam bangsa Moro yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Konflik peperangan ini menyebabkan orang Moro telah lari ke Sabah untuk menyelamatkan diri. Faktor-faktor yang menyebabkan pelarian Cina Indonesia dan pelarian Moro lari ke Sabah disebabkan keadaan geografi yang strategik seperti berdekatan dengan wilayah asal serta terdapat pulau-pulau yang membantu mereka untuk berehat dan berlindung dari tiupan angin kencang. Manakala faktor lain terhadap pelarian Moro yang mendorong mereka melarikan diri ke Sabah adalah mengenai sosio-budaya mereka yang mempunyai persaudaraan dari segi keturunan, budaya, agama dan bahasa dengan sebahagian penduduk tempatan Sabah khususnya di bahagian Pantai Timur. Sehingga kini pelarian Moro masih berada di Sabah disebabkan keadaan di wilayah asal mereka masih belum menemui damai secara mutlak. Walaupun kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah tidak mengiktiraf status mereka sebagai pelarian, namun atas dasar perikemanusiaan mereka diberikan dokumen pengenalan sementara yang dinamakan IMM13 yang membolehkan mereka tinggal di Sabah dan bekerja dalam sektor tidak formal untuk menyara hidup seharian.

References
1. Amnesty International. (2015). The global refugee crisis: A conspiracy of neglect. London: Amnesty International. 2. Askandar, K & Abu Bakar, A. (2005). The Mindanao conflict. Penang: Southeast Asia Conflict Study Network (SEACSN). 3. Asreemoro. (2007). Tausug dan Kesultanan Sulu. Selangor: RNH Marketing Sdn. Bhd. 4. Aziz, I. A., Hutchinson, C. V. & Maltby, J. (2014). Quality of life of Syrian refugees living in camps in the Kurdistan region of Iraq. University of Leicester Press. 5. Bahrin, T.S. & Rachagan, S. (1984). The status of displaced Filipinos in Sabah: Some policy considerations and their long term implications. Singapore: Institute of South East Asian Studies. 6. Cesar, A. M. (1998). Islam di Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Che Man, W. K. (1990). Muslim Separatism: The Moros of Southern Phillippines and the Malays of Southern Thailand. Singapore: Oxford University Press. 8. Dennis, P. & Grey, J. (1996). Emergency and confrontation: Australian Military Operations in Malaya and Borneo, 1950-66. St. Leonards: Allen & Unwin. 9. Dennis, S. (2000). Refugees and regional politics: The dynamics of refugees flows in Mainland Southeast. Singapore: Institute of South East Asian Studies. 10. Edman, P. (1987). "Communism a la Aidit": The Indonesian Communist Party under D.N. Aidit, 1950-1965. Queensland: Centre for Southeast Asian Studies, James Cook University of North Queensland. 11. Gill, G. (1978). International law and the movement of persons between states. Oxford: Clarendon Press. 12. Gould, J. W. (1969). The United States and Malaysia. Harvard University Press. 13. Graham E. Saunders. (2002). A history of Brunei. Routlegde Curzon. 14. Gregorio, F. Z. (1978). Sejarah politik dan kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Harold, J. & Denis, S. S. (1971). The undeclared war: The story of the Indonesian Confrontation, 1962-1966. Singapore: Asia Pacific Press. 16. Heryanto, A. (2006). State terrorism and political identity in Indonesia: Fatally belonging. New York: Routledge. 17. Hughes, J. (2002). The end of Sukarno – A coup that misfired: A purge that ran wild. Singapore: Archipelago Press. 18. Isidro, A. (1968). Muslim Philippines. Mindanao: University Research Center Mindanao State University. 19. John, S. (2000). Confronting Sukarno: British, American, Australian and New Zealand diplomacy in the Malaysian-Indonesian confrontation, 1961. Hampshire: Macmillan. 20. Karim, M. R. (1983). Perjalanan Partai Politik di Indonesia: Sebuah potret pasang-surut. Jakarta: C.V. Rajawali. 21. Kassim, A. & Imang, U. (2005). Orang pelarian di Sabah: Status dan prospek. Journal of State Responses to the Presence and Employment of Foreign Workers in Sabah. Special Issue. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 22. Kassim, A. (2009). Filipino refugees in Sabah: State responeses, public streotypes and the dilemma over their future. Tokyo: Southeast Asian Studies Centre. 23. Khairi, A. (2012). Penanganan masalah pelarian di Malaysia dalam konteks keselamatan insan: Kajian kes ke atas Pelarian Moro dan Rohingya. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia. 24. Laaruwa, J. (2005). Orang pelarian di Kampung Selamat, Semporna: Satu tinjauan etnografi. Latihan Ilmiah. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. 25. Legge, J. D. (2003). Sukarno: A political biography. Singapore: Archipelago Press. 26. Louise, L. (1997). Sukarno and the Indonesian Coup: The untold story. Westport: Praeger Security International. 27. Magon, D.M. (2008). A study on the assertion of Bangsamoro rights to self determination. M.A. Thesis. University of the Philippines, Diliman. 28. Mahbub, D. (1975). Pergolakan ummat Islam di Filipina Selatan. Bandung: PT Alma‟arif. 29. Majul, C.A. (1985). The contemporary Muslim movement in the Philippines. Berkeley: Mizan Press. 30. Maureen, D. S. (2004). Gereja dan kejatuhan Marcos. Penerbit Universiti Malaysia Sabah. 31. Mohamed, D. A, & Abdullah, A. (2012). Air mata kesengsaraan Rohingya: Identiti, penindasan dan pelarian. Kuala Lumpur: Inteam Publising. 32. Muhammad, A. B. (1978). The escalation of confronts (June-September 1964): Malaysia's response to Indonesia's Confrontation Policy in the Aftermath. Kertas Seminar Jabatan No. 2. Universiti Malaya. 33. Paris, J. & Schwarz, A. (1999). The Politics of Post-Suharto Indonesia. New York: Raffles Editions. 34. Roosa, J. (2006). Pretext for Mass Murder: The September 30th Movement and Suharto's Coup d'État in Indonesia. Madison, Wisconsin: The University of Wisconsin Press. 35. Soliman, M. S. Jr. (2001). The Moro Islamic Challenge: Constitutional Rethinking for the Mindanao Peace Process. Quezon City: University of the Philippines Press. 36. Suyatno. (2011). Dinamik Demokrasi Tempatan di Indonesia: Kajian Demokrasi Tempatan di Kota Yogyakarta Dan Kabupaten Jembrana, Bali. PhD Tesis. Universiti Sains Malaysia. 37. Tan, G. S. H. (2008). Indonesian Confrontation and Sarawak Communist Insurgency 1963-1966. Kuching: Penerbitan Sehati. 38. Undang-undang Malaysia. (2005). Undang-undang Malaysia mengenai Akta Imigresen dan peraturan-peraturan termasuk Akta Pasport, semua pindaan hingga Januari 2005. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd. 39. UNHCR. (2001). UNHCR: Refugee protection: A Guide to International Refugee Law. Geneva: United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). 40. UNHCR. (2014). War Human’s Cost: UNHCR Global Trends 2013. Geneva: United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). 41. Warjio. (2011). Parti Politik Dakwah Di Indonesia: Ideologi, Strategi Dan Pencapaian Partai Keadilan Sejahtera (PKS) 1998-2009. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. 42. Weinstein, F. B. (2009). Indonesian Abandon Confrontation: An Inquiry into the functions of Indonesia Foreign Policy. Jakarta: Equinox Publishing. 43. Wong, O. Y. (2014). Towards Sustainable Community Development: A Case Study of Homestay Tourismin Sabah. Master Thesis. University of London.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.