UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Matlamat utama kajian ialah meninjau teknik pembelajaran tahfiz al-Quran di institusi-institusi tahfiz di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknik yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran tahfiz, perbezaan latarbelakang pelajar dan amalan teknik pembelajaran tahfiz. Kajian ini juga mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara teknik pembelajaran tahfiz dengan pencapaian pelajar. Kajian ini melibatkan 212 pelajar dari seluruh institusi tahfiz yang mengambil Diploma Tahfiz Darul Quran di Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Manakala untuk mendapatkan perbezaan dan hubungan, data dianalisis secara inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Analisis data inferensi mendapati perbezaan yang signifikan antara ‘jantina’(t=-2.34, sig=0.02) dan ‘lokasi institusi tahfiz’ (t=3.91, sig=0.00) dengan teknik pembelajaran tahfiz pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan (r=0.409, sig=0.00) antara teknik pembelajaran tahfiz dengan pencapaian hafazan pelajar. Kajian telah merumuskan elemen-elemen teknik pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai. Kajian ini mencadangkan elemen-elemen teknik pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh guru dan pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |