UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian mengenai hubungan antara teknik pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan al-Quran para pelajar

AVAILABLE Article 1636 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kajian mengenai hubungan antara teknik pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan al-Quran para pelajar
Type
Article
Main Author
Hashim Azmil, Jemali Misnan,
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN
1985 - 496X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2015

Abstract

Matlamat utama kajian ialah meninjau teknik pembelajaran tahfiz al-Quran di institusi-institusi tahfiz di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknik yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran tahfiz, perbezaan latarbelakang pelajar dan amalan teknik pembelajaran tahfiz. Kajian ini juga mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara teknik pembelajaran tahfiz dengan pencapaian pelajar. Kajian ini melibatkan 212 pelajar dari seluruh institusi tahfiz yang mengambil Diploma Tahfiz Darul Quran di Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Manakala untuk mendapatkan perbezaan dan hubungan, data dianalisis secara inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Analisis data inferensi mendapati perbezaan yang signifikan antara ‘jantina’(t=-2.34, sig=0.02) dan ‘lokasi institusi tahfiz’ (t=3.91, sig=0.00) dengan teknik pembelajaran tahfiz pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan (r=0.409, sig=0.00) antara teknik pembelajaran tahfiz dengan pencapaian hafazan pelajar. Kajian telah merumuskan elemen-elemen teknik pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai. Kajian ini mencadangkan elemen-elemen teknik pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh guru dan pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.