UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini merupakan kajian keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah yang dijalankan pada tahun 2002. Kajian ini merupakan kajian perbandingan dapatan tahap pengetahuan, sikap terhadap dadah dan konsep kendiri dan menggunakan rekabentuk kajian deskriptif untuk memperihalkan kedudukan pertandingan dan expost Jacto pula melihat kesan kepada penglibatan pelajar di dalam pertandingan tersebut. Seramai 141 orang responden di kalangan para peserta dan bukan peserta Pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Ujian-T yang digunakan menunjukkan tiada perbezaan dapatan antara responden peserta pertandingan dan responden yang bukan peserta pertandingan bagi ketiga-tiga variabel yang dikaji. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |