UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :G Geography (General)
Main Author :Dziauddin Mohd Faris,
Title :Sistem maklumat guna tanah Lembah Bernam: satu kajian pembangunan pangkalan data digital menggunakan sistem maklumat Geografi (GIS) (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian yang telah dijalankan ini telah berjaya menyediakan sebuah pangkalan data digital yang mengandungi maklumat guna tanah bagi kawasan Tanjong Malim menerusi penggunaan sistem maklumat geografi (GIS). Perisian ArcView versi PC telah dikenal pasti sebagai perisian GIS yang telah digunakan untuk pembangunan pangkalan data digital LEMBAH BERNAM. Pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan jangka masa 1990 hingga 2000. Data sekunder berbentuk reruang seperti data lot, guna tanah, jalan raya, sungai, dan kemudahan awam telah dikumpulkan daripada Jabatan-jabatan kerajaan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. Seterusnya, pangkalan data digital ini menyediakan capaian mudah kepada pengkaji-pengkaji yang berminat untuk membuat kajian berhubung aspek pembangunan guna tanah di Tanjong Malim. Di samping itu, menerusi pembangunan pangkalan data digital ini ia dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar yang mengambil kursus pengenalan sistem maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi di UPSI. Kajian ini Juga merupakan kajian rintis kepada kajian yang lebih besar pada masa hadapan iaitu pembangunan pangkalan data digital bagi Lembah Bernam secara keseluruhannya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)