UPSI Digital Repository (UDRep)

Kualiti air tirisan kajian kes di Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu, Selangor

AVAILABLE Article 3747 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kualiti air tirisan kajian kes di Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Type
Article
Main Author
Abdul Rahim Luqmanulhakim, Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Saleh Yazid,
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Air tirisan atau lebih dikenali sebagai air bukit terhasil apabila sesuatu bentuk muka bumi diteroka atau dipotong untuk tujuan pembangunan khususnya untuk pembinaan jalan raya atau lebuh raya baharu. Air tirisan ini mengalir dari celah rekahan batuan dan dianggap sebagai air semula jadi yang mengalir dari dalam tanah. Menjadi satu trend pada masa kini, orang awam mengambil air ini untuk tujuan minuman di samping keperluan lain. Air tersebut diminum terus tanpa dirawat terlebih dahulu. Artikel ini menganalisis tahap kualiti air tirisan di dua buah lokasi iaitu Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu yang terletak dalam daerah Hulu Selangor. Sampel kualiti air di lokasi ini telah diambil sebanyak tiga kali dan dianalisis secara insitu serta dalam makmal. Data kualiti tirisan ini dibandingkan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INQWS), Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kebangsaan Kualiti Air Minuman (NSDWQ), Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan majoriti orang awam mengambil air ini untuk tujuan minuman. Analisis kualiti air tirisan menunjukkan semua paramater kualiti air berada di bawah piawai yang ditetapkan khususnya bagi parameter DO, BOD, COD, NH3-N dan pH. Walaupun kualiti air ini dianggap bersih, namun banyak isu yang perlu dipertimbangkan terutamanya daripada segi keselamatan dan tahap kesihatan orang awam yang mengambil air tirisan ini sebagai air minuman di samping pihak berkuasa perlu mengambil langkah perlu agar kawasan ini terus terpelihara.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.