UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :QA Mathematics
Main Author :Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Title :Geometer Sketchpad: penggunaannya di dalam pembelajaran Matematik tambahan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagian utama: Tutorial, Penyelesaian Masalah, Ujian, Rujukan dan Bantuan. Kajian awal mendapati 66.6% pelajar berpendapat bahawa multimedia interaktif adalah perlu di dalam topik ini dan video klip dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka. Pakej perisian ini adalah merupakan suatu projek awal untuk mengenal pasti kelebihan aplikasi GSP di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan. Oleh itu masih terdapat ruang untuk pembaikan agar perisian ini akan lebih 'mesra pengguna' dan seterusnya dapat membantu pengguna untuk lebih faham dalam sesuatu topik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.