Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah
Type
Article
Main Author
Marzuki Mazdi, Mapjabil Jabil, Mohd Zainol Rosmiza,
Subject
G Geography (General)
ISSN
2180-2491
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014
Abstract
Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan perjalanan melebihi 15 KM dengan trip yang mengambil masa melebihi 45 minit. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan tahap aksesibiliti pelajar Orang Asli terhadap kemudahan pendidikan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.