UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Rahmat Azali,
Title :Persepsi graduan sains sukan terhadap pengajaran pendidikan kursus kaedah pengajaran pendidikan kesihatan di UPSI (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai sejauh mana persepsi guru siswazah program Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap kandungan kursus SH 3083 Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan yang terdapat dalam kursus minor Program Sains Sukan. Data dari kajian diperolehi melalui satu set soal selidik yang diedarkan kepada guru siswazah Program Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang mengajar di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Seramai 36 siswazah Program Sains Sukan telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Soalan kajian menumpukan kepada lima faktor dalam tersebut iaitu; Konsep asas pendidikan kesihatan di sekolah, kandungan kurikulum pendidikan kesihatan, reka bentuk rancangan mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Skala liket iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan dan min. Kajian ini mendapati bahawa para siswazali Program Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai persepsi yang positif tentang kepentingan dan keperluan topik yang terdapat dalam kandungan kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan berpandukan dapatan min dalam kelima -lima faktor iaitu antara 1.88 hingga 2.19 . Mereka juga bersetuju bahawa kursus tersebut telah berjaya memberikan pengetahuan untuk menghasilkan guru yang berkemahiran, berkebolehan dan berkeyakinan dalam melaksanakan proses pengajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah. Terdapat sebahagian kecil yang mencadangkan agar kaedah pendidikan reproduktif dan seksualiti dimasukkan dalam kandungan kursus tersebut bagi memantapkan lagi konten yang sedia ada.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)