UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Makalah ini mengupas segala pantang larang orang Melayu yang masih relevan dan patut diamalkan dari perspektif Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) melalui empat aspek, iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pemikiran kerohanian berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan, hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, sebagai hamba (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain sebagai khalifah (hablumminannas). Pemikiran kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan. Pemikiran kekreatifan pula melihat kekreatifan orang Melayu menyusun ayat dan perkataan dalam pantang larang ini sehinggakan anak cucu bimbang untuk melanggarnya malah menurutinya tanpa banyak bicara. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |