UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan K-pekerja di Malaysia

AVAILABLE Article 3052 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan K-pekerja di Malaysia
Type
Article
Main Author
Ismail @ Abd Wahab Aruna, Hamzah Hamizatul Azura, Osman Ibrahim, Mohd Nor Azlinda, Tee Tze Kiong,
Subject
H Social Sciences (General)
ISSN
2289-7070
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014

Abstract

Pelaksanaan SLDN di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan K-pekerja, iaitu pekerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan serta dilengkapi dengan nilai kemahiran sosial dan metodologi pembelajaran. Kajian tentang pelaksanaan SLDN di Malaysia menggunakan pendekatan mixed method, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokol temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada pengurus, penyelaras dan pengajar SLDN. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kemahiran sosial serta metodologi pembelajaran masih di peringkat sederhana. Maka penerapan elemen-elemen ini perlu dipertingkatkan dalam penyampaian latihan dan ianya lebih berkesan apabila dilaksanakan di tempat kerja sebenar. Oleh itu, industri perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanaan pelaksanaan latihan ini. Kajian juga menunjukkan kurangnya penglibatan industri dan ini perlu dipertingkatkan bagi keberkesanan penerapan elemen-elemen tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan SLDN adalah lebih berkesan dalam melahirkan K-pekerja di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.