UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dasar, falsafah, matlamat, peraturan eli institusi TASKA di Malaysia. Secara spesifik kajian ini bertujuan untuk mengkaji untuk mengkaji perbezaan model TASKA yang terdapat di Malaysia, untuk menghasilkan model reach-out yang perlu dikeluarkan oleh setiap institusi TASKA untuk pengetahuan masyarakat yang terlibat dan untuk menghasilkan satu panduan yang piawai dalam penubuhan TASKA yang sesuai unluk dilaksanakan dalam konteks masyarakat di Malaysia. Kajian mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan prosedur penubuhan T ASKA tetapi bilangan TASKA yang berdaftar di bawah jabatan ini hanyalah sedikit sahaja. Didapati jabatan ini tidak ada falsafah dalam asuhan, penjagaan dan pendidikan. Justeru itu, rarnai pengusaha dan pembantu TASKA tidak mengetahui tentang falsafah TASKA. Di samping itu, didapati hampir kesemua institusi TASKA dalam kajian ini tidak mempuyai halatuju atau matlamat yang jelas. Iabatan Kebajikan Masyarakat perlu memantau pengelolaan dan pentadbiran kerana pendidikan awal sangat penting kerana otak kanak-kanak di peringkat berkernbang dengan cepat sekali. Penubuhan TASKA oleh orang persendirian alau badanbadan tertentu perlu didaftarkan untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa di atas kepercayaan yang diamanahkan kepada pengusaha taska. Adalah disarankan labatan Kebajikan Masyarakat perlu menyediakan satu panduan yang piawai dalarn penubuhan TASKA yang sesuai untuk dilaksanakan dalam konteks masyarakat di Malaysia.Pengusaha dan pembantu TASKA perlu dilatih. Pihak kerajaan perlu menyediakan kursus dan latihan kepada sesiapa mengendalikan institusi TASKA. Kursus-kursus .intensif perlu diberikan dari masa ke semasa sebagai persediaan kepada guru untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dalam diri mereka. Gaji atau ganjaran atau insentif guru dan pembantu yang sepadan dengan pendidikan dan tanggungjawab mereka harus ditentukan oleh pihak kerajaan. Kajian ini mempunyai implikasi yang penting kepada peranan TASKA di Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap penubuhan TASKA perlu memainkan peranan penting dalam perkara ini. Adalah diharapkan dapatan yang boleh dianggap awal ini, yang walaupun tidak menyeluruh dapat dijadikan as as untuk diambil tindakan oleh pihak yang tertentu untuk merancang pengurusan dan pengelolaan yang selaras untuk seluruh negara .. Harus dingat masa depan dan k egemilangan n egara a dalah d itentukan 0leh kualiti asuhan dan pendidikan generasi muda. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |