UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Kasim Ahmad Yunus, Jusoh Ahmad Jazimin,
Title :Kajian peranan guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah-sekolah menengah aliran agama di negeri Perak Darul Ridzuan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2003
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti peranan guru pendidikan Islam berdasarkan sikap, persepsi dan amalan mereka yang diselaraskan dengan bentuk profil personaliti yang ditentukan iaitu analitikal, ekstrovert, kepelbagaian, menolong dan struktur. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan personaliti antara guru pendidikan Islam mengikut jantina. Subjek kajian terdiri daripada 112 guru pendidikan Islam yang telah dipilih di sekolah-sekolah menengah aliran agama (SMKA & KAA) di daerah Tapah, Manjung, Hilir Perak, Bagan Serai, Taiping, Parit Buntar, Setiawan, Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek dan soal selidik yang dibina oleh penyelidik. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif termasuklah min, sisihan piawai dan kekerapan. Ujian-t dan anal isis kolerasi digunakan khusus untuk melihat keselarasan antara tret personaliti kaunselor dengan guru pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan Islam mempunyai tret-tret personaliti yang selaras dengan ciri-ciri pembimbing yang cemerlang. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tret-tret personaliti utama yang dikaitkan dengan personaliti ciri-ciri pembimbing yang ideal di sekolah seperti tret personaliti analitikal, ekstrovert, kepelbagaian, menolong dan struktur mempunyai hubungan (kolerasi) agak tinggi di kalangan guru pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan profil personaliti yang signifikan berdasarkan jantina, tempat dan pengalaman guru pendidikan Islam. Sehubungan dengan dapatan kajian yang diperoleh, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)