UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Marzuki Mazdi,
Title :Perancangan dan pengurusan ke arah pembentukan pengangkutan dan lalu lintas lestari di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2012

Abstract :
Perancangan dan pengurusan pengangkutan yang lestari dan efisien penting dalam membentuk kampus lestari. Pelbagai masalah berkaitan pengangkutan dan lalu lintas seperti keselamatan pejalan kaki, kemudahan laluan basikal yang tiada, kualiti bas yang kurang memuaskan dan ketidakcukupan tempat parkir menjadi isu di kebanyakan kampus di Malaysia. Tujuan kajian ini untuk mengkaji isu-isu pengangkutan dan lalu lintas yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Isu ini menjadi halangan kepada pembentukan kampus lestari di UPSI. Metdologi kajian melibatkan kaji selidik kepada pelajar yang berjalan kaki, berbasikal dan yang menggunakan bas kitaran. Kaedah bancian parkir digunakan untuk mengkaji ketidakcukupan tempat parkir. Hasil kajian mendapati kualiti bas kitaran di UPSI masih berada dalam keadaan kurang memuaskan daripada aspek fizikal bas dan elemen keselarnatan. Kajian mendapati bagi pelajar yang berjalan kaki ialah mereka yang tinggal berharnpiran dengan kampus UPSI. Mereka ini adalah pelajar yang tidak memiliki kenderaan persendirian. Kajian juga mendapati kemudahan untuk pejalan kaki masih berada pada aras kurang memuaskan. Pelajar yang berbasikal secara majoriti ialah mereka yang tinggal berhampiran dengan kampus UPSI. Kebanyakan mereka yang berbasikal menggunakan jalan yang sama dengan jalan yang digunakan oleh kenderaan bermotor yang lain. Keadaan tempat parkir pula menunjukkan tempat parkir mencukupi sebelum masa bekerja tetapi sebaliknya selepas waktu mula bekerja. Implikasi polisi dan cadangan daripada hasil kajian telah dikemukakan merangkumi kualiti bas kitaran, pejalan kaki, berbasikal dan mengurangkan masalah tempat parkir di UPSI.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.