UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2289-4470
Main Author :Patrick Syivero, Imang Ubong,
Title :Pembangunan bandar kecil di Sabah : isu dan cabaran (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memahami senario semasa dan perancangan bandar kecil di Sabah. Selain itu, temu bual dan pemerhatian di lapangan juga dijalankan untuk mendapatkan data primer berkait dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah. Hasil kajian mendapati pembangunan bandar kecil di Sabah berdepan dengan pelbagai isu yang boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Manakala antara cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah pula adalah dalam konteks penjanaan ekonomi, bentuk muka bumi Sabah yang sebahagian besarnya bergunung-ganang dan urus tadbir bandar kecil.

References

1. Abdul Samad Hadi. (1990). Pembandaran dan transformasi bandar negeri Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah. 2. Baker J. (1990). The growth and function of small urban centers in Ethiopia: A case study from Northern Ethiopia: Norwegian University Press. The Proceedings Institute No. 23. Uppsala in September 1989: The Scandinavian Institute of African Studies. 3. Bast, J. L. (1998). Managing growth, destroying freedom, critiques of "Smart Growth," "New Urbanism" and other forms of centralized land-use planning. USA. 4. Burgess, P. (1998). Revisiting sprawl: Lesson from the past. Cleveland State University: The Urban Center Publication. 5. Haryati Shafii. (2010). Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat di bandar. Batu Pahat: Penerbit UTHM. 6. Institut Kajian Pembangunan Sabah. (2006). Laporan Koridor Pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Government Publication. 7. Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Negeri Sabah. (2010). Laporan dasar pembangunan negeri Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Sabah. 8. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia. (2006). Dasar pembangunan negara. Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. 9. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah. (2016). Laporan dasar pembangunan negeri Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Sabah. 10. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Penyiasatan migrasi: Ringkasan penemuan corak dan trend migrasi di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 11. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2000). Banci penduduk Malaysia pada tahun 2000. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 12. Johnson, J. H. (1974). Suburban growth: A geographical processes at the edge of the Western City. London: John Wiley & Sons. 13. Katiman Rostam. (1988). Pengantar geografi bandar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. 14. Koridor Pembangunan Sabah. (2006a). ‘Bab 3 Kemampanan adalah asas pembangunan’. 75-97. Laporan Koridor Pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Government Publication. 15. Koridor Pembangunan Sabah. (2006b). ‘Bab 6 memperbaiki agihan pendapatann dan taraf hidup rakyat’. 163 182. Laporan Koridor Pembangunan Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Government Publication. 16. Mohamad Azal Fikry & Hamid Saad. (2015). Penilaian ciri-ciri khusus pusat perkhidmatan ke arah menyokong kelangsungan aktiviti pelancongan luar bandar. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-5, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 17. Pacione, M. (2005). Urban geography: A global perspective. Routledge: Taylor & Francis Group. 18. Pedersen P.O. (1990). The role of small rural towns in development. The Proceedings Institute No. 23. Uppsala in September 1989: The Scandinavian Institute of African Studies. 19. Yazid Saleh, Katiman Rostam & Mohd Yusof Hussain. (2012). Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: Petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8(2), 98-11. 20. Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan & Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2014). Transformasi bandar kecil di wilayah selatan Perak: Beberapa penemuan di Tanjong Malim. Geografi 2(1), 111-119. 21. Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan & Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2015). Bandar kecil dalam perubahan di Malaysia. Beberapa pembuktian dari Tanjong Malim, Perak. Geografi 3(1), 60-67.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.