UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HM Sociology
Main Author :Caropeboka Ratu Mutialela, Mohd Hed Norhafiza,
Title :Sosialisasi nilai murni moral dalam keluarga dan sekolah dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Tapah Perak Darul Ridzuan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2012

Abstract :
Sosialisasi atau dengan kata lain disebut sebagai proses belajar sosial merupakan proses yang berlangsung sepanjang hidup (life long process), iaitu bermula sejak kelahiran hingga akhir usia. Proses sosialisasi itu terjadi dalam institusi sosial mahupun kelompok dalam masyarakat. Di antara institusi so sial tersebut yang berperanan penting adalah keluarga, kelompok sebaya, sekolah, kelompok Agama, perkumpulan pemuda, institusi kemasyarakatan dan media massa. Masyarakat Orang AsH masih dipersepsikan sebagai kaum yang kurang maju dan mundur dari segi sosio mahupun sosioekonomi dibandingkan komuniti utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis dan menerangkan bagaimanakah peranan keluarga asas dalam proses sosialisasi nilai-nilai murni kemoralan dalam lingkungan keadaan keluarga yang belum tersosialisasi menjadi masyarakat bersosialisasi. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes dan indepth study. Sampel yang dipilih secara purposive (sengaja) iaitu empat ketua keluarga masyarakat Orang Asli dan empat orang guru, serta dua pelajar Orang Asli dari tingkatan tiga. Hasil penyelidikan mendapati bahawa sosialisasi sebagai sebahagian daripada pendidikan berlangsung dalam tiga komponen yang penting bagi terbentuknya keperibadian sese orang sebagai penentu pendidikan iaitu komponen rumah atau keluarga, sekolah atau lembaga pendidikan formal, serta masyarakat sebagai lembaga pendidikan non formal. Nilai-nilai mumi yang di dapati dari rumah ke dalam struktur sosial yang baru merupakan pembentukan identiti individu dari dalam satu unit keluarga, memberikan pengaruh kepada pembentukan struktur sosial yang lebih luas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.