Sumbangan input-persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah
Type
Thesis
Main Author
Kuan, Hee Pit
Subject
HF5601 Accounting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 325 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tujuh buah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Papar. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar memilih mata pelajaran ini kerana minat dan aturan sekolah. Terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara ketujuh-tujuh pemboleh ubah bebas yang dikaji dengan pencapaian Prinsip Perakaunan. Namun begitu, hanya pemboleh ubah kualiti usaha, interaksi dengan guru, interaksi dengan rakan, sumber pengajaran, serta pemboleh ubah dummy Bahasa Melayu (BM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) gred C dan D (BM A vs BM CD) menyumbang kepada pencapaian Prinsip Perakaunan. Kajian mengesyorkan bahawa penekanan pencapaian Bahasa Melayu PMR sebagai kriteria yang dipertimbangkan dalam penawaran pakej elektif Prinsip Perakaunan kepada para pelajar tingkatan empat dan penekanan terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian mata pelajaran tersebut.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.