UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Rizalina Mat Radzi
Title :Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan guru dan ibu bapa dalam merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain, mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh guru untuk merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan mengenal pasti sokongan ibu bapa di rumah dalam membantu merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 25 orang kanak-kanak prasekolah, 3 orang guru prasekolah dan 3 orang ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sokongan ibu bapa di rumah dilihat dari aspek perbincangan, penyeliaan anak-anak dan komunikasi ibu bapa di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapat pandangan guru dan ibu bapa berkaitan perlaksanaan aktiviti tersebut. Analisis data secara kualitatif berbentuk diskriptif digunakan dalam kajian ini dan data yang diperoleh dilaporkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian ini menumpukan kepada lima elemen perkembangan sosioemosi kanak-kanak iaitu kerjasama, yakin diri dan berani, kebolehan berinteraksi, sabar dan bertolak ansur. Hasil kajian yang diperoleh dilaporkan dalam bentuk kes demi kes iaitu berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti bermain dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak berupaya meningkatkan perkembangan sosioemosi mereka melalui aktiviti bermain. Peranan guru sebagai perancang, pelaksana dan penilai dalam aktiviti yang dijalankan menjadi pendorong kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Sokongan ibu bapa di rumah turut membantu dalam meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Secara keseluruhannya, kerjasama antara guru dan ibu bapa amat perlu bagi merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.