UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan perisian kursus Matematik (Mationary) bagi pelajar pemulihan khas

AVAILABLE Thesis 1297 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembangunan perisian kursus Matematik (Mationary) bagi pelajar pemulihan khas
Type
Thesis
Main Author
Nor Arifah Che Wahab
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk merekabentuk dan membangunkan koswer untuk pelajar pemulihan khas. Koswer ini dikenali sebagai koswer Mationary. Sampel kajian terdiri daripada guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah. Hasil rekabentuk koswer Mationary ini diuji kepada guru-guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah di beberapa buah sekolah yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan koswer ini dapat membantu guru untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru-guru yang terpilih untuk menggunakan koswer Mationary ini, memberikan maklumbalas positif. Kajian yang dijalankan ini akan memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan negara terutamanya kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Mationary merupakan salah satu BBM guru pemulihan khas untuk membantu murid menguasai pengiraan. Sekurang-kurangnya guru tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk menyiapkan bahan pengajaran yang sebegini. Guru boleh menumpukan masa kepada perancangan untuk menggunakan Mationary di samping mengenalpasti kaedah yang bersesuaian untuk menyampaikan pelajaran yang diajar. Melalui penggunaan Mationary, murid dapat mengenal pranombor dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Mationary sesuai untuk murid pemulihan khas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan prasekolah dalam membantu menguasai kemahiran mengira mereka. Ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak dengan bantuan koswer Mationary melalui latihan-latihan yang ada dalam koswer ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.