UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Santhi Letchumanan
Title :‘Kolloum’ dalam perubahan sosio budaya masyarakat India di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Seni melukis ‘kolloum’ tradisional boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat India yang diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu motif flora, fauna dan motif geometri yang sangat penting dalam mereka motif untuk melukis ‘kolloum’. ‘Kolloum’ tradisional dianggap oleh masyarakat India sebagai simbol yang memberi tuah iaitu simbol menyambut ‘Devi Lakshmi’ yang bertanggungjawab memberi kekayaan dan kemakmuran serta sebagai satu tanda penghormatan kepada makluk kecil tuhan datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data melalui participant observation terutama menggunakan pemerhatian, temuduga dan kajian dukumen. Manakala analisis data menggunakan analisis deskriptif berdasarkan kerangka teori dibina didasari dengan teori budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesenian melukis ‘kolloum’ tradisional di kalangan masyarakat India adalah berteraskan kepada agama Hindu sudah menjadi nilai yang dipegang sehingga hari ini sebagai panduan hidup. Dalam mengekalkan tradisi dan identiti yang sedia ada, masyarakat India yang melukis ‘kolloum’secara tradisional berdepan dengan saingan dari teknik melukis lebih dinamik dalam penghasilan ‘kolloum’ seperti penggunaan ‘sticker’, ‘roller kolloum’, ‘polystyrene’ dan cat yang mengikis nilai keaslian dan keunikkan ‘kolloum’. Namun, melukis ‘kolloum’ tradisional lebih dikaitkan dengan aspek keritualan dan memiliki falsafahnya tersendiri serta mengekalkan identiti masyarakat India di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.