UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemikiran reflektif guru pelatih bahasa Melayu

AVAILABLE Thesis 1143 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemikiran reflektif guru pelatih bahasa Melayu
Type
Thesis
Main Author
Nor Sahara Mesman
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian yang digu-nakan adalah soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Analisis Kajian ini berbentuk statistik deskriptif dan analisis inferensi. Tiga dimensi yang dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Analisis kajian diukur dengan skor min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson?s r dan ujian Khi Kuasa Dua. Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 4.10 dan sisihan piawai adalah 0.712. Di samping itu, dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat. Hasil dapatan ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah jantina guru pelatih Bahasa Melayu dan cara berfikir dalam konteks bidang pengajaran dengan pengalaman lepas. Begitu juga tidak terda-pat perbezaan signifikan antara aliran mengajar guru pelatih Bahasa Melayu dengan kepelbagaian strategi dalam pengajaran. Dalam konteks yang sama, tidak terdapat perbezaan signifikan antara lokasi pengajaran guru pelatih Bahasa Melayu dengan penggunaan teknologi dan tidak terdapat perbezaan antara bangsa guru pelatih dengan pembentukan motivasi. Kajian ini memberikan implikasi terhadap guru pelatih secara keseluruhan, penyelia dan institusi pendidikan. Begitu juga dengan kurikulum sebagai ejen perubahan harus diteliti, dinilai dan dirancang semula bagi menghasilkan guru yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa akan datang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.