UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Rozie Rosli
Title :Pembangunan model pencapaian Matematik di kalangan pelajar tingkatan empat (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada responden dari pangkalan data sekolah. Sebanyak 217 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan diuji kebolehpercayaan dan kesahan melalui kaedah bahagi-dua dan nisbah kesahan kandungan. Model pencapaian matematik dibangunkan melalui kaedah kuasa dua terkecil separa (KTS) dengan menggunakan perisian VPLS1.04. Kaedah ini dipilih kerana KTS amat sesuai digunakan apabila andaian taburan normal bagi data tidak dapat dipenuhi. Keputusan bagi kebolehpercayaan pemboleh ubah pendam adalah di antara 0.7 hingga 0.9. Manakala bagi nilai purata varians terekstrak (PVT) melebihi nilai yang ditetapkan iaitu 0.5. Ia membuktikan penerimaan model pencapaian matematik yang dibangunkan. Keputusan analisis pemodelan KTS menyokong kesesuaian model yang dibangunkan dengan kesemua pekali regresi adalah signifikan. Model pencapaian matematik yang dibangunkan memberi satu panduan kepada pembuat dasar dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)