UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan blog sebagai medium interaksi maya untuk guru-guru Fizik

AVAILABLE Thesis 1585 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan blog sebagai medium interaksi maya untuk guru-guru Fizik
Type
Thesis
Main Author
Azlina Othman
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah blog fizik berasaskan Huraian Sukatan KBSM untuk guru fizik. Blog ini dibangunkan sebagai suatu medium alternatif untuk memudahkan interaksi dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik secara maya. Blog direka bentuk berdasarkan teori konstruktivisme dan teori kolaboratif. Blog dibangunkan berasaskan Model ADDIE dengan menggunakan perisian multimedia. Penilaian blog dijalankan ke atas 146 guru fizik di negeri Kedah. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 41 item. Nilai bagi Indeks Kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.973. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan guru-guru memberi pandangan positif dengan tahap interpretasi tinggi bagi aspek kandungan blog (Min=3.39, S.P=0.380) dan aspek bentuk laman blog (Min=3.25, S.P=0.465). Implikasinya, blog yang dibangunkan ini sesuai dijadikan sebagai medium alternatif untuk memudahkan interaksi maya dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.