UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Logambal@Latha K. Krishnan
Title :The use of metacognitive strategies to enhance listening comprehension among form six students
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan strategi metakognisi sebagai panduan untuk kefahaman mendengar. Kajian kuasi-experimen ini bertujuan untuk menyelidik kesan pengajaran strategi metakognisi secara explisit di dalam bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran kefahaman mendengar. Seramai 90 pelajar Tingkatan 6 Atas telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan; dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan yang telah menjalani ujian pra dan ujian pos. Kumpulan eksperimen telah diberikan instruksi eksplisit mengenai strategi-strategi metakognisi yang dapat mengawal selia kefahaman mendengar manakala kumpulan kawalan diberikan pengajaran bukan-metakognisi yang berorientasikan hasil pembelajaran. Skor ujian dianalisa menggunakan Ujian t berpasangan yang menghasilkan dapatan bahawa hipotesis nol (H0) ditolak yakni membuktikan bahawa instruksi strategi metakognisi di dalam pengajaran pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran kefahaman mendengar para pelajar. Dapatan dari soal selidik yang mengkaji tahap kesedaran metakognisi responden (MALQ) selepas ujian pra dan pos memberikan maklumat mengenai peningkatan tahap kesedaran metakognisi di kalangan kumpulan eksperimen. Hasil soal-selidik separa-berstruktur menunjukkan bahawa respons pelajar adalah positif terhadap penggunaan strategi metakognisi. Strategi metakognisi sekiranya diajar secara eksplisit dapat membantu guru memberikan panduan kepada pelajar untuk mengawal selia kefahaman mendengar dengan lebih berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.