UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Muhamad Azhar Zulkeply
Title :Strategi campuran pemasaran dan hubungannya dalam pemilihan produk gadaian Islam Ar-Rahnu YaPEIM
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara strategi campuran pemasaran ke atas pelanggan dalam pemilihan produk gadaian Islam Ar-Rahnu YaPEIM. Elemenelemen campuran pemasaran iaitu produk, harga, tempat dan promosi merupakan perkara penting yang menjadi asas bagi sesuatu perniagaan sama ada berbentuk pengeluaran mahupun perkhidmatan. Sampel kajian melibatkan seramai 768 orang pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM di tiga buah cawangan di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menilai kaitan antara pemilihan produk gadaian Islam dengan keberkesanan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak YaPEIM. Kajian turut melihat faktor penerimaan produk gadaian Islam ini dari segi demografi iaitu jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan, status pekerjaan dan pendapatan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi melalui perisian statistik. Hasil kajian mendapati hanya faktor jantina yang tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dalam mempengaruhi pelanggan untuk memilih gadaian Islam manakala faktor-faktor demografi lain seperti umur, agama, bangsa, tahap pendidikan, status pekerjaan dan pendapatan didapati mempunyai perbezaan yang signifikan dalam mempengaruhi pelanggan untuk memilih gadaian Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan kesemua elemen campuran pemasaran yang digunakan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pemilihan pelanggan terhadap gadaian Islam di Ar-Rahnu YaPEIM. Ini jelas menunjukkan strategi campuran pemasaran yang dijalankan oleh Ar-Rahnu YaPEIM amat penting dalam mempengaruhi pemilihan pelanggan mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.