UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Siti Rahaimah Ali
Title :Analisis kefahaman numerasi murid sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid Tahun Empat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model Peringkat Kefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsiran kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat dipilih berdasarkan keputusan ujian matematik bulanan iaitu dua orang bagi setiap tahap; cemerlang, sederhana dan lemah. Kajian ini rncnggunakan rcka bentuk kualitatif di mana temu duga dijalankan bagi mengumpul data. Siri temu duga mengandungi lima tugasan telah diberikan bagi menentukan pcringkat kefahaman numerasi responden. Hasil kajian mendapati, seorang murid bcrada pada peringkat aplikasi iaitu dapat menyelesaikan semua aktiviti pembelajaran yang melibatkan konsep dan fakta matematik, memilih dan menentukan prosedur serta bcrkemampuan memberi alasan pada setiap jawapan yang diberikan. Tiga orang murid berada di peringkat pemerolehan pengetahuan. Keupayaan murid di peringkat ini ialah dapat menghuraikan fakta asas, menjelaskan, mendefinisikan dan merumuskan operasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Selebihnya adalah murid yang bcrada di pcringkat pcntafsiran kod, di mana pada peringkat ini mereka dapat membaca, mcmaharni, mcnyatakan terminologi matematik, menyenaraikan istilah, mengenal pasti konsep matematik, menggambarkan dan melukis idea-idea utama serta dapat mewakilkannya dalam bentuk rajah berdasarkan model MPKN. Hasil kajian juga mendapati terdapat empat kesilapan utama yang berjaya dikesan melalui aplikasi MPKN iaitu tidak memahami so alan, kegagalan membuat transforrnasi, kesilapan kemahiran proses dan kecuaian. Kesimpulannya, MPKN mampu mengenal pasti peringkat kefahaman numerasi dan mengesan kesilapan murid. Kajian ini juga memberi implikasi terhadap keperluan penambahbaikan kaedah penilaian kefahaman numerasi dalam kalangan murid di sekolah rendah melalui MPKN.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.