UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata pelajaran Geografi

AVAILABLE Thesis 2248 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata pelajaran Geografi
Type
Thesis
Main Author
Mastura Osman
Subject
GB Physical geography
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth dalam pembelajaran peta geografi. Kerangka visualisasi penjelajahan untuk kajian ini diubahsuai daripada model pemprosesan maklumat Ormand, dan Model Visualisasi Penjelajahan. Visualisasi penjelajahan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: i)visual kognitif memori (VKM), ii)visual kognitif imageri (VKI) dan iii)visual kognitif pengetahuan (VKP). Pendekatan kajian pra-eksperimen dengan reka bentuk satu kumpulan ujian pra dan ujian pos telah digunakan bagi menilai kesan pencapaian pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 71 orang pelajar sekolah menengah di dua buah sekolah di daerah Gombak, Selangor. Hasil analisis ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif memori(VKM) dan visual kognitif pengetahuan (VKP). Walau bagaimanapun, hasil analisis ini juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif imageri (VKI). Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth mempunyai potensi bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran peta geografi. Oleh yang demikian, adalah disyorkan supaya penggunaan Google Earth diintegrasikan dalam pembelajaran mata pelajaran Geografi terutama dalam pembelajaran peta kerana ia dapat menyumbang kesan yang positif dalam pencapaian pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.