UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Suzana Ayob
Title :Hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan empat (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran yang dominan, serta hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan korelasi. Seramai 351 murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian. Kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik masing-masing diukur menggunakan Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik, Soal Selidik Gaya Pembelajaran dan Ujian Pencapaian Matematik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan murid berada pada tahap operasi konkrit (Min= 1. 76, S.P=1.55). Murid juga didapati mempunyai tahap kemahiran penaakulan saintifik yang berbeza berdasarkan pakej aliran dan kaum, tetapi tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara murid lelaki dan perempuan. Pencapaian matematik murid juga adalah berbeza bagi setiap tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina dan kaum. Selain itu, terdapat kesan interaksi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran terhadap pencapaian matematik. Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid adalah dimensi aktivis dan reflektif. Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran murid berdasarkan pakej aliran, jantina dan kaum. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan pencapaian matematik murid dan terdapat juga hubungan positif yang amat lemah dan signifikan bagi beberapa dimensi gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik. Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan wujud -hubungan yang tidak signifikan antara gaya pembelajaran dengan tahap kemahiran penaakulan saintifik. Implikasi hasil kajian ini boleh digunakan sebagai penanda aras tahap kemahiran penaakulan saintifik murid sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)