UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GE Environmental Sciences
Main Author :Mohd Hairy Ibrahim
Title :Pembandaran, perubahan atmosfera bandar dan persepsi manusia di bandaraya Ipoh,Perak (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perubahan atmosfera bandar boleh menyebabkan masalah terhadap penduduk bandar. Kepesatan pembandaran telah mengubah persekitaran atmosfera bandar dan memberi impak negatif terhadap penduduk. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses pembandaran; menilai perubahan atmosfera bandar; dan menilai kesan perubahan atmosfera bandar terhadap penduduk melalui persepsi mereka. Kajian ini dijalankan di kawasan MajIis Bandaraya Ipoh. Kajian ini melibatkan penggunaan data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi dari rentasan suhu dalam mengukur pola suhu bandar dan soal selidik yang mengukur persepsi 540 orang responden tentang kesan perubahan atmosfera bandar. Analisis menggunakan trend siri masa, analisis deskriptif, analisis inferensi melalui regresi Pearson, analisis anova, anal isis ujian t, dan analisis ujian Post Hoc Anova Tukey HSD. Hasil kajian mendapati pembandaran pesat berlaku dengan pembukaan perrnukaan bumi bagi aktiviti pembinaan kawasan perumahan, perniagaan dan infrastruktur. Pembandaran telah meningkatkan jumlah kenderaan yang menyebabkan kesesakan terutama di pusat bandar, bahagian utara, timur dan selatan Ipoh. Hasil kajian juga menunjukkan variasi perubahan atmosfera bandar Ipoh mengalami trend yang positif terhadap perubahan purata suhu tahunan (r=0.6), purata suhu maksimum (r=0.3), purata suhu minimum (r=0.8) dan kelembapan bandingan (r=0.2) dan hujan (r=O.4) yang meningkat dalam tempoh jangka panjang dari 1968-2010. Variasi perubahan suhu di kawasan industri (Tasek) berubah secara positif (r=0.44) dan di kawasan pusat bandar turut meningkat (FO.56). Rentasan suhu menunjukkan suhu di pusat bandar terdapat lebih tinggi (31°C) berbanding pinggir bandar (27°C) antara jam 2000-2200 dengan Intensiti Pulau Haba Bandar (IPHB) sebesar 4°C. Variasi pencemaran udara mendapati hanya N02 menunjukkan trend perubahan positif secara sederhana berbanding CO, S02 dan PMIO• Hasil kajian mendapati kesemua responden mempunyai kesedaran tentang perubahan atmosfera bandar dengan 86.7% responden menyatakan bahawa kawasan pusat bandar Ipoh terdapat lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar. Kesedaran tentang kesan perubahan atmosfera bandar ini dipengaruhi oleh faktor kesan keselesaan terrna, kesihatan, penglibatan dan penyesuaian diri. Secara keseluruhannya didapati bahawa perubahan atmosfera bandar masih ditahap sederhana, namun penduduk di Bandaraya Ipoh sedar tentang proses pembandaran dan kesannya terhadap perubahan persekitaran mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)