UPSI Digital Repository (UDRep)

Kefahaman dan aplikasi konsep Asid-Bes dalam kehidupan harian dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru

AVAILABLE Article 1474 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kefahaman dan aplikasi konsep Asid-Bes dalam kehidupan harian dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru
Type
Article
Main Author
Kassim Abu Hassan, Tan Cheng Theng,
Subject
LB1603 Secondary Education. High schools
ISSN
1985-7918
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2009

Abstract

Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, telah dilibatkan dalam kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’. Data-data dianalisis dengan mengira frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap kosep asid-bes adalah sederhana; manakala, kemampuan mereka untuk mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian adalah lemah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dengan kemampuan mereka mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.